Jun 9, 2014

Soal Jawab (Q&A) berkenaan Susu Halib's


Soalan:

Susu Halib's ini susu kambing ke lembu?

Jawapan:

Susu Halibs berasaskan susu lembu kecuali susu Halib's goat (cocoa) adalah susu kambing.

 
Soalan :

Adakah susu kambing Suffy Goat keluaran Halib's di bawah IMP?

Jawapan :

Susu Suffy Goat juga merupakan produk Muslim 100%, sebelum ini Suffy merupakan rangkaian IMP juga tetapi telah berdiri di atas maketing sendiri di bawah Suffy Marketing diasaskan oleh Encik Sufian b. Tajuddin. 


Soalan :

Adakah produk Susu Halib's didaftarkan di bawah KKM?

Jawapan :

Ya, Susu Halib's telah didaftarkan di bawah KKM.
klik gambar utk imej besar

Soalan :

Apa beza Susu Halib's dengan susu lain di pasaran?

Jawapan:

Susu Halib's adalah produk keluaran bumiputera Islam alternatif kepada susu yang ada di pasaran dengan formulasi makanan sunnah. Susu Halib's hanya dijual oleh pengedar/stokis tertentu sahaja dan belum ada di pasaraya. Boleh dibeli dalam kuantiti karton untuk harga yang lebih murah. Sokonglah produk Bumiputera Islam. Peace no war :)


Soalan :

Adakah Susu Halib's mempunyai bacaan 30juzuk ayat Al-Quran?

Jawapan :

Tidak. Susu Halibs diproses di bawah Amalan Pengilangan Islam (IMP). Antara amalan yang terdapat pada pengilangan:
  • Semua staf/operator dalam keadaan berwuduk
  • Perhimpunan setiap pagi untuk bacaan doa, asmaul husna, doa syifa' dan tazkirah
  • Sesi kelas membaca Al QUran bagi staf/operator
  • Alunan audio zikir sepanjang pemprosesan produk
  • Menutup aurat, berkopiah bagi lelaki
  • Staf/operator perempuan yg dalam keadaan haid diasingkan dari bahagian pemprosesan produk
  • Amalan solat sunat dhuha setiap hari dan solat fardhu secara berjemaah di kilang
  • Kilang sentiasa dalam keadaan bersih


Soalan:

Adakah susu Halib's tidak boleh dilangkah? Adakah akan hilang khasiat bila dilangkah?

Jawapan:

Makanan/minuman apa pun memang perlu elak dilangkah, dlm erti kata tak baik langkah makanan. Jika terlangkah tidak memudharatkan/hilang khasiat/tidak hilang berkah makanan tersebut.       


Soalan :

Berapakah sukatan bancuhan untuk kanak-kanak?

Jawapan:

Sukatan bancuhan bagi kanak-kanak setahun ke atas 1 skop 50ml air suam, boleh ambil 3-4 skop utk sekali bancuhan.


Soalan:

Bolehkah Halib's diambil oleh bayi bawah setahun?

Jawapan: 

Bagi tujuan iklan sebagaimana disarankan Kementerian Kesihatan, Susu Halib's dilabel sesuai diambil untuk kanak-kanak setahun ke atas. Tetapi sebagai alternatif lain kepada susu ibu, bayi bawah setahun yang dah mula makan boleh mula ambil Halib's penuh krim biasa sahaja dengan campuran prebiotik manna, kurma dan kismis. Bayi baru lahir juga boleh diberi susu Halib's biasa tetapi perlulah mengikut kadar bancuhan yang sesuai untuk bayi. Sukatan bancuhan perlulah dicairkan lagi. Cadangan bancuhan 1 skop 60ml air suam, 2-3 skop untuk satu bancuhan bawah setahun. Bagi bayi bawah 6 bulan mulakan dengan 1skop sahaja dan pengambilan 2x sehari dahulu. Kemudian boleh diberi ikut keperluan jika bayi serasi dengan susu. Boleh juga dicampur dengan susu ibu, nestum dan nasi anak-anak.
 


Soalan:

Bolehkan susu Halib's dibancuh/dicampur dgn susu formula lain?

Jawapan:

Susu Halib's tidak digalakkan dibancuh bersama susu lain di dalam satu bancuhan tetapi boleh diberi selang seli dengan susu formula yang lain (bukan dalam satu bancuhan). Untuk kesan yang lebih bagus amalkan susu Halib's sepenuhnya untuk anak-anak anda.


Soalan:

Boleh ke bayi bawah setahun, ibu mengandung dan orang dewasa minum Susu Halib's?

Jawapan:

Ya boleh, susu Halib's sesuai untuk semua peringkat umur. Susu Halib's diformulasikan dengan bahan-bahan organik, asli dan terbaik tanpa campuran bahan kimia atau kandungan yang membahayakan kesihatan, tanpa perasa/perwarna. Bagi bayi bawah setahun disarankan pengambilan Halib's biasa dahulu, ibu mengandung boleh ambil dari semua jenis susu Halib's bermula di awal usia kehamilan lagi. Inshaallah baik untuk perkembangan janin dan dapat memberi tenaga/vitamin kepada ibu mengandung. 


Soalan:

Bagaimanakah sukatan pengambilan susu Halib's Frutti, adakah sama seperti Halibs penuh krim yg biasa?

Jawapan:

Susu Halib's Frutti mempunyai kandungan vitamin dan serat yg lebih tinggi berbanding susu Halib's yang lain. Jadi pengambilan yang sedikit sudah cukup utk perkembangan anak-anak.  Halib's Frutti disarankan pengambilan sehari dalam 2-3x sahaja, dan bancuhan pula perlu dikurangkan sukatan iaitu antara 1-2 skop memadai mengikut kesesuaian anak-anak. Pengambilan berlebihan bimbang boleh menyebabkan cirit-birit. Jadi pemberian susu ini perlulah diberi sedikit dahulu dan berperingkat. Kemudian boleh diteruskan mengikut kesesuaian anak masing-masing. Susu Halib's Frutti juga boleh dicampur bersama susu ibu, nestum, makanan lain seperti nasi bagi anak-anak yg tidak suka minum susu putih. Inshaallah dapat memulihkan anak-anak yg byk mempunyai masalah kesihatan.


Soalan:

Bolehkah Susu Halib's diberikan kepada anak yang mengalami ekzema, G6PD, alahan, bengkak hati atau kekurangan darah?

Mengikut pengalaman dari pelanggan-pelanggan kami yang telah mencuba susu Halib's untuk anak-anak yang mempunyai masalah berikut alhamdulillah susu Halib's serasi dan tidak memudharatkan malah memberikan kesihatan yang lebih baik. Selagi penyakit anak-anak tiada syarat pantang makanan/tidak alah pada bahan-bahan yang terkandung dalam susu Halib's anda patut mencubanya.  Namun begitu jika anak-anak alah dengan susu lembu, anda hendaklah menggantikan susu anak-anak dengan susu kambing.  



Soalan:

Boleh tak Susu Halib's menyebabkan sembelit atau Susu Halib's boleh kurangkan sembelit?

Jawapan:

Susu Halib's mempunyai kandungan serat (kurma,kismis) yang tinggi dan mempunyai prebiotik semulajadi manna/gum arabic acacia. Unsur serat dan prebiotik ini membantu sistem usus/penghadaman bertindak dengan lebih baik, melawaskan dan dapat mengelakkan sembelit atau cirit-birit. Namun begitu kadar pengambilan perlulah mengikut panduan yang disarankan kerana pengambilan kalsium yg berlebihan juga boleh menyebabkan cirit-birit.


Soalan:

Saya ada terbaca berkenaan sunnah nabi susu tidak boleh dicampur atau diminum bersama buah-buahan. Bagaimana pula dgn susu Halib's yg diformulasikan dengan pelbagai jenis buah-buahan seperti Halib's Frutti? Adakah ia akan membahayakan kesihatan kanak-kanak?

Jawapan:

Berkenaan artikel-artikel yang tersebar di internet yang mendakwa susu tidak boleh dicampur dengan buah adalah tidak mempunyai sumber kukuh dan berasas. Mengikut pendapat dari yang lebih alim/ustaz belum dijumpai lagi dalil-dalil atau hadith yang meriwayatkan berkenaan nabi tidak makan susu dicampur buah atau boleh menyebabkan mudharat darinya. Namun perlu melihat dari saintifiknya sama ada pengambilannya adakah memberi kebaikan atau mendatangkan mudharat. Keadaan ini boleh dirujuk pada pakar pemakanan atau doktor. Secara ilmiahnya susu sangat baik diambil bersama buah-buahan namun ada had dalam pengambilannya dan tidak boleh dicampur dgn buah-buahan yang mempunyai kadar keasidan yang tinggi, ini boleh membawa mudharat/cirit birit pada kanak-kanak. Begitu juga jika susu diambil dengan kadar berlebihan, kalsium/serat yang tinggi juga boleh menyebabkan masalah cirit -birit pada kanak-kanak. Ibu bapa perlu tahu sukatan bancuhan susu yg sesuai untuk anak-anak masing-masing. Susu Halib's telah diproses dan diekstrak dgn sebaiknya mengikut sukatan yang sesuai utk bayi dan kanak-danak, ia juga telah terbukti memberi kesan yang baik kpd kesihatan. Namun pengambilannya perlulah mengikut kesesuaian pada anak-anak juga.  


 
Soalan:

Saya ada terbaca artikel mengenai LARANGAN MENCAMPURKAN KURMA DENGAN KISMIS iaitu anggur kering sebagaimana hadith Bukhari daripada Jabir r.a yang berkata:

Maksudnya : Nabi melarang campuran kismis dan buah tamar kering dan buah tamar muda dan buah tamar basah.

Dalam riwayat Abu Daud ada hadith yang lebih kurang sama mafhumnya daripada Abu Qatadah r.a yang berkata:

Maksudnya : Nabi melarang campuran anggur kering yakni kismis dengan kurma.

Larangan campuran kismis dan kurma juga terdapat dalam hadith-hadith riwayat Imam Tarmizi dan juga Nasa'i.

Sepertimana susu Halib's semuanya mempunyai ekstrak campuran kurma dan kismis. Boleh jelaskan?


Jawapan:

Hadith-hadith tersebut digunakan oleh sesetengah pihak untuk mengelirukan orang ramai bahawa Jus TOK GURU keluaran Saffron Integrated Marketing/produk Islam yang mengandungi campuran kurma dan kismis adalah haram sama sekali. Sedangkan kajian terperinci terhadap perbahasan ulama' dalam hal ini tidak dilihat dengan penuh cermat.

Imam An-Nawawi Rahimahullah melihat hadith tersebut dengan penuh cermat sebagai tokoh ilmuan Islam yang terkemuka, beliau telah menjelaskan kehendak hadith tersebut di dalam kitab Syarah Sahih Muslim (شرح صحيح مسلم) karangan beliau sendiri secara berhikmah.

Para ulama' menyatakan bahawa sebab timbulnya hadith larangan campuran ini ialah kerana orang Arab Jahiliyah menggunakan teknik campuran kurma dengan kismis bagi menghasilkan arak secara mudah dan murah di rumah-rumah mereka.

Para ulama' dengan penuh teliti menyatakan bahawa apabila di sahkan campuran jus tersebut tiada alkohol dan tidak memudaratkan maka ianya termasuk dalam hukum yang umum iaitu
الأصل في الأشياء الإباحة yang bermaksud Asal hukum sesuatu itu ialah harus.

Para ulama' dengan penuh bertanggungjawab menyatakan bahawa sebab larangan campuran kismis dengan kurma ialah apabila matlamatnya ialah untuk menghasilkan arak,jika niat untuk menghasilkan arak maka barulah ianya dilarang. Sedangkan penghasilan Jus TOK GURU tiada kaitan langsung dengan niat untuk menghasilkan arak.

Para ulama' dengan penuh hikmah menyatakan bahawa kalimah "Naha" yakni "Larang ataupun Tegah" yang digunakan dalam hadith tersebut tidak semestinya membawa hukum haram, ia boleh jadi membawa hukum larangan biasa sahaja. Kerana itulah ulama'-ulama' dalam Mazhab Syafie dan Jumhur Fuqaha' termasuk Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Yusuf berpendapat bahawa larangan tersebut tidaklah sampai kepada hukum haram, tidak juga sampai membawa kepada hukum makruh tahrim iaitu makruh yang dekat dengan haram.

Ini kerana kata Imam An-Nawawi Rahimahullah bahawa i'llah(علة) ataupun faktor larangan campuran kismis dengan kurma lebih kepada jika ianya membawa kepada musykil iaitu memabukkan. Maka ulama' berpandangan bahawa minuman jus/air campuran kismis dan kurma itu tidak menjadi haram selagi mana ianya tidak memabukkan.

Justeru itu, saya menyeru kepada semua individu agar lebih berhati-hati dalam menjelaskan sesuatu hadith ataupun sesuatu hukum daripada hadith kerana ianya boleh mengelirukan orang ramai jika kefahaman terhadap maksud hadith itu tidak jelas.

Sebaiknya rujuklah terlebih dahulu kepada pihak yang berautoriti ataupun kitab-kitab muktabar ataupun pandangan para ulama' sebagai tindakan yang berhikmah dan lebih berhati-hati.

Wallahua'lam, wassalamua'laikum w.b.t.h

Oleh : Ustaz Mohd Fauzi Mustafa 

Kesimpulannya Susu Halib's / sebarang produk lain dengan campuran kismis dengan kurma (bukan tujuan pembuatan arak/ tidak memabukkan) tidak haram dan selamat untuk digunakan.

Anda boleh juga rujuk hadith di link berikut:


Soalan:

Di mana terletaknya kilang Susu Halib's?

Jawapan:

Alamat Operasi:

Sidratul Enterprise,
No 11,Jalan Industri 1,
Taman Perindustrian IKS Miel,
33010 Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
No Tel:+60 5-773 1668
No hp: 0132353207 (Encik Nazirul)

Hours:
Monday 8:00 am – 6:00 pm
Tuesday 8:00 am – 6:00 pm
Wednesday 8:00 am – 6:00 pm
Thursday 8:00 am – 6:00 pm
Friday 8:00 am – 6:00 pm
Saturday 8:00 am – 6:00 pm
Sunday    Closed

Disediakan oleh: Dandelion Genius ( Copy Right Susu Halib's Istimewa)
Sebarang persoalan boleh komen di bawah atau ajukan pada kami di :Dandelion Genius


Galeri

VIDEO 

Iklan Rangkaian Susu Penuh Krim Halib's di Tv Al-Hijrah yang telah ditayangkan sepanjang bulan Mac 2013 yang lalu. Susu Penuh Krim Halib's adalah salah satu produk yang telah dikilangkan di bawah Sidratul Enterprise dgn Amalan Pengilangan Islam (IMP). Selamat menonton :)


video



------------------------------------------------------------------------

 Satu rakaman mengenai perlaksanaan IMP di Kilang Sidratul Enterprise telah ditayangkan dalam slot Majalah Islam di TV Al-Hijrah pada 9 November 2012 (24 Zulhijjah 1433 H) pada pukul 8.30 malam. Bagi anda yang belum menonton tayangan ini, sila tonton video di bawah untuk kenal dgn lebih mendalam. 

Selamat menonton :)

video




---------------------------------------------------------------------------------------------
 
Rancangan Ejen Halal IMP vs GMP telah ditayangkan pada bulan Mei 2013 yang lalu. Saksikan untuk mengetahui maklumat lanjut tentang IMP :)


video




----------------------------------------------------------------
 
ARKIB





Jun 6, 2014

Agent

Kepada semua pelanggan yang dikasihi, kini anda semua boleh dapatkan produk susu daripada agen-agen sah kami berdekatan anda :

Syarat-Syarat untuk menjadi pengedar kami Halib's dan Suffy adalah seperti berikut:

BELIAN 5 KARTON KE ATAS HALIB'S ATAU BELIAN SEKARTON SUFFY SETIAP BULAN LAYAK JADI PENGEDAR KAMI.

BERMINAT UNTUK TURUT SERTA SBG PENGEDAR KAMI? JOM DAFTAR SEGERA, TAIP:


'SAYA BERMINAT MENJADI PENGEDAR'

DI SINI:


ATAU

SMS/WHATSAPP : 017.2939901


HARAP MAKLUM HANYA AGENT YANG AKTIF & SETIA DENGAN KAMI SAHAJA AKAN KAMI PAPARKAN DI SINI!!

1) Abdul Rahman - Bukit Damansara
    010-5120443

2) Ridhwan -Bandar Tasik Puteri, Rawang
   012-2497262

3) Azmin Saberi - Jalan Duta, Kuala Lumpur
  017-6344927

4) Nur Adyani (Suffy Goat) - KL Central
   016-3233785

May 12, 2014

Testimoni Suffy Annis


"Assalam.. susu dah sampai, anak akk yg besar tingkatan 2 tu suka sgt susu Suffy, akk pun dah rasa. Memang sedap creamy2 macamtu kan, next time order nk frutti dgn suffy ye"



Pn Zara, Johor
Perkongsian dari Puan Nabilah, stokis Kuala Kangsar  

" Anak akk yg adik tu tak tahan minum susu kambing, demam asyik on off, yg abg tu ok, alahan dia pun dah kurang. Lepas cuba Suffy Annis dalam tempoh 2minggu alhamdulillah adik ok tp yg abang pula cirit- birit. Jadi tak sama dua2 ni seorang kena bg susu lembu seorang lagi susu kambing. Lepas ni nak order setengah Suffy Annis dan setengah karton lg Suffy Goat ye. Akak berminat dgn susu ni sebab kandungannya yg kurang gula, dua2 anak pun suka, katanya sedap "

Pn. Ida, Kedah
Perkongsian dari Puan Nabilah, stokis Kuala Kangsar  

Testimoni Suffy Goat


"Salam, anak sy fully bf dah umur setahun 6bulan. Tidak suka pada susu formula. Saya ambil Suffy Goat utk diri sendiri kerana perlukan nutrien bagi meneruskan penyusuan anak sehingga 2 tahun. Alhamdulillah rezeki susu anak sentiasa cukup. Saya nak kongsi pasal anak saya yang tiba2 demam selsema selama seminggu kerana perubahan cuaca. Kahak dan batuk juga selsema tak hilang-hilang. Saya pun cuba beri Suffy Goat tp abahnya yg bagi. Minum pula dia bila demam. Saya bagi taknak minum. Habis segelas Suffy Goat. Dalam setengah jam lepas tu tiba2 dia muntah. Keluar lendir kahak panjang2. Alhamdulillah lepas muntah tu suhu badan dia pun turun, dah tak batuk lagi. Selsema pun kering. Alhamdulillah Allah sembuhkan selepas beri Suffy Goat. Syukur.. :)"



Pn Ila, Perak
Perkongsian dari Puan Nabilah, stokis Kuala Kangsar  

"Salam dik, alhamdulillah akak bagi Suffy Goat pada anak akk yg abang tu ada masalah alergik, gatal-gatal pada mata, alah dengan habuk. Bila balik sekolah mesti mata merah bengkak2. Sebelum ni minum susu lembu je. Dah sebulan minum Suffy Goat nampak perubahan ketara sampai cikgu pun tegur kata mata dia dah makin ok. Alhamdulillah badan pun sihat. Nanti akak nak beli borong sekarton terus untuk sebulan ye "



Pn Ida, Kulim
Perkongsian dari Puan Nabilah, stokis Kuala Kangsar  


" Alhamdulillah anak sy lepas minum susu kambing ni ekzema dekat pipi dia dah kurang tak merah-merah dah. Sebelum ni minum susu ****** lepas minum terus merah pipi dia sampai ke mulut, nangis-nangis sampai tak boleh minum susu, sakit.. Dia tak tahan dengan susu tu. Minum Suffy Goat ni dah tam kerah, biji-biji dekat tepi bibir pun dah makin berkurang, lega sangat.. "
Pn Zila, Perlis
Perkongsian dari Puan Nabilah, stokis Kuala Kangsar   
 
 " Anak akk yg kecil tu suka sembelit, lepas minum susu ni dah tak sembelit lagi, kesihatan pun baik jarang demam, akak nak order lebih ni sebab kawan akak pun nak :) "


Pn Shima, Alor Setar
Perkongsian dari Puan Nabilah, stokis Kuala Kangsar  


"Anak saya dulunya kerap selsema dan batuk berkahak sehingga sebulan sekali pasti ke hospital untuk ambik nebulizer bagi cairkan kahak. Pantang ada orang lain selsema atau batuk pasti anak saya turut berjangkit, sampai saya risau untuk bawa dia bergaul dengan orang lain. Sehinggalah saya memberi anak saya minum susu SUFFY GOAT selepas tengok di internet menyatakan kebaikan susu kambing dimana salah satunya meningkatkan imunisasi badan. Alhamdulilah..saya dapati antibodi anak saya sekarang semakin baik dan jarang sekali selsema. Dia juga semakin aktif dan saya juga tidak risau atau takut-takut untuk bawa dia bermain di luar. Kini saya mengandung anak kedua dan turut juga minum susu SUFFY GOAT untuk memberi khasiat yang terbaik untuk anak yang saya kandungkan ini, insyallah....."
Puan Nur Khalida, Selangor
Perkongsian dari Puan Nabilah, stokis Kuala Kangsar   
 
         Pn Shazlin
Perkongsian dari Puan Nabilah, stokis Kuala Kangsar  



      Pn Fiza, Shah Alam  
Perkongsian dari Puan Nabilah, stokis Kuala Kangsar  




     Pn Juwairiah, Changlun Kedah
Perkongsian dari Puan Nabilah, stokis Kuala Kangsar  



    Perkongsian dari Puan Zarina, stokis Kuantan Pahang 



   En Saiful, KL
Perkongsian dari Puan Nabilah, stokis Kuala Kangsar